Assalamualaikum & Salam 1Malaysia!

Hanya tinggal 10 hari sahaja lagi (ketika entri ini ditulis) bulan Mac 2014 akan melabuhkan tirai ini bermakna kita akan memasuki bulan April 2014. Menurut sumber dalaman, bulan April ini Perodua akan melancarkan model Myvi baru yang dijangkakan lebih hot bagi menggantikan Myvi sebelum ini. Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui lebih lanjut.

Myvi SP?

Myvi Baru 2014

Myvi SP – Super Price

Myvi baru ini mungkin dinamakan sebagai Myvi SP yang saya andaikan SP itu sebagai Super Price. Berdasarkan gambar di atas, penggantian ini hanya melibatkan 2 model iaitu Myvi 1.3 Standard dan Myvi 1.5 Extreme. Beberapa ciri telah ditambah untuk kedua-dua model dengan nilai penjimatan sehingga RM1500.

Myvi 1.3 Standard SP berkonsepkan ‘Sporty Fashionable‘ menerima perubahan paling ketara iaitu penggantian Wheel Cap kepada Alloy Rims, penambahan usb port & bluetooth di bahagian audio dan beberapa penambahan lain termasuk warna baru iaitu Green & Pink. Manakala Myvi 1.5 Extreme SP pula didatangkan dengan security tinted, leather seat dengan rekabentuk baru dan juga coil mat.

Kemungkinan harga untuk kedua-dua model tersebut akan turun sepertimana yang berlaku pada model Alza Baru 2014 walaupun ciri-cirinya ditambah! Cuma kesahihannya masih belum dapat dipastikan lagi. Secara keseluruhannya memang ‘berbaloi-baloi’ jika anda mendapatkan model Myvi baru ini yang saya jangkakan SUPER PRICE 2014!.

Tempahlah sekarang di KeretaPerodua.com! atau hubungi talian hotline saya 016-2893990 (Ismail). Kongsikan info ini dengan rakan-rakan anda kerana mereka juga mungkin sedang menantikan berita baik ini!! 😉

P/S : Ketika entri ini ditulis, saya dapat maklumat bahawa Myvi 1.3 Standard sebelum ini dah ‘stop production’!!. Jadi, bagi sesiapa yang telah membuat tempahan Myvi 1.3 Standard dan masih belum menerima kereta, besar kemungkinan anda bakal mendapat model Myvi 1.3 baru! Saya kira anda cukup bertuah walaupun perlu menunggu sedikit masa (April 2014) untuk menerimanya…(saya harap anda tergolong dikalangan orang² yang sabar) 🙂

(6133) Views