Contest SEO EridyAssalamualaikum.

Pertama-tamanya ingin dimaklumkan saya bukanlah peserta Contest SEO Eridy! Bukan kerana saya tidak mahu menyertainya tetapi saya telah ketinggalan dalam proses pendaftaran contest tersebut yang mana empunya blog iaitu Tuan Eridy mensyaratkan pendaftaran hendaklah dilakukan pada 11 Disember 2013 sedangkan saya maklum mengenainya pada 12 Disember 2013. Tak percaya?? boleh rujuk link ni http://eridy.com/contest-seo-eridy/#comment-562 😉

Jadi, di kesempatan ini saya mengucapkan selamat berjaya kepada semua peserta yang telah menyertai Contest SEO Eridy. Semoga contest ini memberikan impak positif dalam pengetahuan SEO setiap peserta dan pembaca blog² mereka. Kepada Tuan Eridy, tahniah saya ucapkan kerana berjaya menganjurkan contest yang amat mengujakan ramai para blogger.

Akhirnya, salam perkenalan daripada saya Ismail Perodua yang juga turut meminati dunia SEO. Agak lama juga saya tidak aktif dalam dunia blogging seperti dulu². Kini saya hanya fokus dalam bidang jualan kereta secara offline dan online. Saya maklum berkenaan Contest SEO Eridy secara kebetulan apabila terbaca status salah seorang rakan di facebook yang telah menyertainya iaitu Liniey. Boleh baca entry beliau di sini ► http://iamliniey.blogspot.com/2013/12/contest-seo-eridy.html

Terima kasih kepada semua yang singgah ke blog saya yang tidak seberapa ini berbanding blog kalian semua.

P/S : Kalau ada kawan² blogger berminat nak beli kereta perodua boleh la contact saya ye.. 😛

 

(5177) Views