Kuala Lumpur: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan mempamerkan elemen menarik model kereta terbaru yang akan ditawarkannya pada harga paling murah semasa Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2013 pada November ini.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata model yang dilancarkan pada tahun depan itu dijangka mampu menggegarkan pasaran automotif berikutan kualiti dan teknologi canggih yang digunakan.

Seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu, kereta baru yang dilancarkan PERODUA nanti bakal dipasarkan pada harga mampu milik tanpa kompromi dari segi kualiti.

Ia bagi memastikan rakyat Malaysia menikmati kereta mampu milik yang lengkap ciri canggih dan selamat selain menepati standard kualiti global Daihatsu Motor Co Ltd.

Teknologi baru

Justeru, kepada masyarakat termasuk kumpulan media yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai elemen menarik dan teknologi terbaru yang bakal ada pada model itu, silalah datang ke KLIMS 2013 ini kerana PERODUA akan mempamerkannya di sana, katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri syarikat itu di sini, semalam.

KLIMS13 adalah acara yang dianjurkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) yang akan mempamerkan kenderaan serba canggih yang mesra alam sekitar bersama-sama dengan kereta berprestasi tinggi, kereta konsep dan kereta super.

Sumber : Berita Harian


(746) Views

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>